dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Klik Dengan Bijak SK Padang Besar Selatan

13 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan program Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan, Perlis. Aktiviti ini diadakan pada pukul 11.00 tengahari sehingga 1.00 petang bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan, Perlis dan disertai seramai 220 orang peserta. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyampaikan kepada kanak-kanak tentang cara menggunakan internet dengan beretika dan tidak menyalahgunakan internet. Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga. Kempen "Klik Dengan Bijak" adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.